Thursday, 2 November 2017

Periuk noxxa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca dan pengguna periuk Noxxa..
Sebelum saya berkongsi resipi saya nak cerita la serba sedikit mengenai periuk ini..


Tu dia periuknya, nampak menarikkan.. apakah keistimewaan periuk ni sampai ramai orang menggunakannya..sebelum celoteh dengan lagi panjang lebar..periuk ni ada 3 keistimewaannya:

  1. Boleh digunakan sebagai kuali
  2. Digunakan sebagai steamer
  3. Menggunakan fungsi High Pressure dan Low Pressure ( yg ni la paling orang suka sbb nk masak tu sangatlah cepat)
So siapa yang dah beli periuk ni xde la bazir sangat, sbb boleh guna untuk pelbagai guna..resipi die pon banyak jugak. 


Siapa yang sudah menggunakan periuk ni tahulah bahawa pot die sangatlah bagus sbb tidak melekit dan pot die sangat besar..kalau nk masak ayam boleh 3 ekor sekaligus, kalau nk masak ketupat segera tu humban terus 33 biji settle..xpayah nk dok asik tgk kuali atas dapur tu..letihla nk dok tambah air tiap kali masak ketupat tu..amacam, syiok tak periuk ni..selain dari tu..fungsi sebenar periuk ini adalah untuk menjimatkan masa..lepas ni siapa yg beli periuk ni..kalau jeles tgk suami anak tgk tv si isteri duduk dekat dapur memasak..bawak periuk ni depan tv masak depan Tv sekali..tu dia..


MENJIMATKAN MASA
Memasak : Nasi putih / Nasi beriani / Nasi ayam/ Nasi lemak / tomato - 5 - 8 minit .
Sup ayam - 1minit/ kari ayam - 1 minit / sayur lemak - 1 minit. 
Rendang ayam pencen - 30 minit . 
Sup tulang - 45 minit
Bubur pulut hitam ( tanpa rendam ) / Bubur kacang hijau - 15 minit . 
Pulut kuning - 3 minit . 
Nasi Goreng - 7 minit .
Merebus : Ubi / jagung-3 minit. 
Pucuk ubi/jantung pisang – 1 minit Ketupat - 20 minit .
Menggoreng : Pop Corn - 1 minit. dan lain-lain lagi

Amacam mmg jimat la masa si isteri yang memasak lepas ni. So tiadalah alasan kalau nk malas masak gitu..so kepada para suami..belilah periuk ni hadiahkan kepada para isteri anda..nescaya anda akan sentiasa makan makanan yang enak-enak sentiasa.

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN PERIUK AJAIB:

- Pilihan Tekanan Tinggi & Rendah. @ Hi-pressure, Low-pressure
- Pelbagai fungsi – Masak Perlahan, Mengukus, Menumis. @ Slow Cooker, Steam, Stir-fry
- Memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat. @Reheat
- Pelewat Masa sehingga 8 jam. @ Delay Timer
- Periuk tidak melekat 8L. @ Non-stick
Saiz periuk bahagian dalam
- Diameter : 26.2cm
- Height : 17.5cm – boleh masak 16 cawan beras

Panduan Pembersihan/Penyenggaraan:
  • Tanggalkan plag dan biar unit menyejuk sebelum membersihkannya.
  • Cuci periuk memasak yang boleh ditanggalkan dengan air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul.
  • Lap pendakap luar dan tudung dengan kain bersih. Jangan rendam dalam air.
  • Tanggalkan takungan pemeluwapan dengan menariknya ke bawah. Bersihkan dengan air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul. Letakkan semula dengan menolaknya ke atas.
  • Terbalikkan penutup, pegang gasket silikon di satu lagi bahagian dan tarik. Bersihkan gasket silikon dalam air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul. Letakkan semula gasket dengan menolaknya ke bawah ke dalam sisi penutup. Pastikan alur di bahagian tengah gasket diletakkan di sekeliling gegelang logam di bahagian dalam sisi penutup. Jika gasket tidak diletakkan dengan betul, unit tidak akan berfungsi.
  • Demi mengekalkan prestasi periuk anda yang baik, bahagian dasar periuk masak yang boleh ditanggalkan di bahagian pad sensor mesti dibersihkan setiap sekali selepas menggunanya. Lap dengan kain basah yang lembut dan pastikan ia dikeringkan dengan betul.
  • Jangan sesekali guna pembersih yang melelas atau pad penyental untuk membersihkan mana-mana bahagian.
  • PERHATIAN: Gasket silikon mestilah diletakkan dengan betul pada bahagian bawah penutup. Periksa secara berkala untuk memastikan ia bersih, fleksibel dan tidak retak atau terkoyak. Jika gasket silikon rosak, ganti ia sebelum mengguna periuk itu.

Membersihkan tombol pengawal tekanan:
  • Periksa bahawa tombol pengawal tekanan dan injap keselamatan tekanan adalah berfungsi dengan baik sebelum setiap kali menggunanya.
  • Selepas unit telah menyejuk, tanggalkan penutup.
  • Tekan ke bawah dan putar tombol pengawal tekanan berlawanan arah pusingan jam melepasi seting STEAM dan tanggalkan dengan berhati-hati.
  • Terbalikkan penutup dan letakkan di atas meja. Tarik keluar penutup penghalang. Dengan mengguna berus, periksa dan keluarkan sebarang makanan atau partikel asing yang mungkin terdapat dalam injap terapung. Letakkan semula penutup penghalang.
  • Letakkan semula tombol pengawal tekanan dengan melapisi takuk sehingga ke atas dinding bahagian dalam kebuk pengawal tekanan dalam penutup dan putar ke arah pusingan jam.
Waranti satu (1) tahun daripada kerosakan pengilangan. Sila maklum bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.

Dah cerita pelbagai fungsi periuk ni..mesti ramai yang nak tahu harganya betul terutama para suami..hehe..almaklumlah nk belikan periuk ini utk si isteri..harganya adalah RM 850. Kalau x mampu beli cash kita main kutu rm85x10 bulan. 
Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya dengan PM

No comments:

Post a Comment