resepi kek buah menggunakan noxxa pressure cooker
Bahan bahan:
225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk vanilla extract/essence
Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala
Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan
tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter
dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih
seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan
disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga
rata dan sebati.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.
*untuk cara mengukus..
* iols masak menggunakan PC ~ panaskan air dlm presure cooker~ set time
5 minit. Untuk panaskan air, letakkan tungku besi untuk alas loyang kek
(air setara dengan tungku). Bila dah berhenti, masukkn loyang berisi
kek yg ditutup dengan aluminium foil...juga diikat tepinya supaya foil
tdk terangkat.
~ Set time 90 minit pertama pada button presure dan bila tamat, set semula pada masa 30 minit.
~ bila time tamat, keluarkn wap, dan biarkan dulu hingga agak sejuk untuk loyang dikeluarkan.
~ apa yg bestnya.., set time aje...dan boleh buat kerja lain...air pun tak payah ler nak ditambah tambah....mudahkan...:)
Hasilnya tetap sedap !!!
Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah
kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong
dengan pisau yang tajam.
Psttttt ~~ entri ni tertunggak hampir seminggu...baru hari ni dapat siapkan...kesian kan...huhuhu
No comments:
Post a Comment