Bahan-bahan membuat kek marble Noxxa
4 biji telur gred A
1 cwn gula halus/gula castor (x suka manis kurangkan 3/4 cwn)
1/2 sudu besar ovalette
3/4 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
1 sudu esen vanilla
secubit garam
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara membuat kek marble Noxxa
1. Pukul telur ,gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dlm 5-10 minit. Nak guna blender je pun boleh tau.
2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum ,garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yg diayak.
2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum ,garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yg diayak.
3. Adunan dah kembang tadi masukkan susu pekat dengan mixer speed perlahan. Kemudian, masukkan pula esen vanilla dan minyak.
4. Masuk bahan diayak sikit-sikit. Step ni jgn pukul lama sangat. Tutup mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik.
5. Pastu asingkan adunan kepada dua bahagian, warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko dan kacau rata.
6. Sapu minyak pada inner pot. Ambik senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko dan diulang sampai habis.
7. Corakkan pakai pisau macam BK buat ni. Cantik kan?
8. Tekan butang 'STEAM' 25 minit dan halakan tombol pada steam. Semasa tempoh memasak ni memang akan keluar bunyi bising, jangan risau, itu normal ye.
9. Setelah masak, biarkan sejuk dulu dan barulah dikeluarkan.
10. Tara ! Dah siap kek marble minyak yang gebu !
9. Setelah masak, biarkan sejuk dulu dan barulah dikeluarkan.
10. Tara ! Dah siap kek marble minyak yang gebu !
p/s : Kalau nak kukus tambah 1 sudu kecil baking soda dan kukus 40-45 minit. Balut tudung kukus atau tutup loyang dengan plastik untuk elak air kukusan masuk ke dalam kek
No comments:
Post a Comment