Thursday, 2 November 2017

Noxxa bread maker

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..
Arini saya nk sambung sedikit la cerita..resipi belom lagi naa...sat naa...
Ni nk tambah cerita pasal breadmaker pulak..ahh sudah la..ape la orang ni dok cerita...
Tunggu..bagi peluang pada diri sendiri untuk baca sikit..lagipun xsalahkan..heee..
okla..ni pasal Noxxa Breadmaker..

Taraaa...xde la besar mana pon..tapi nk cerita la sbb breadmaker ni ada tiga fungsi die:
1. Pembuat Roti
2. Oven
3. Toaster
Senang kira produk Noxxa ni mmg ada pelbagai fungsi..senang kalau beli produk ni hah..mmg best..lagi2 si isteri tu..mmg la suka sangat kalau dapat barang2 elektrik yang memudahkan die untuk membuat kerja..apa lagi cik abang oii..cari la duit lebih sikit hadiahkan pada isteri anda..hehe..

Penerangan untuk Noxxa Breadmaker

Nikmati roti, biskut, kek, pastri yang baru dibakar, ayam panggang, daging gril, sayur-sayuran, roti bakar yang enak dengan oven multifungsi ini. Mesra pengguna dengan tetingkap paparan LCD yang besar.

Fungsi Mesin Roti:
Pilihan fungsi dulang roti, doh atau mengadun
12 Program (8 menu roti/1kek/2doh/1mengadun)
Penentu masa tunda (13jam)

Fungsi Oven Elektrik & Pembakar Roti
Menu bakar, panggang, grill. Memanaskan dahulu sebelum membakar, bakar / panggang, gril, nyahfors, sentiasa panas, membakar 2-4 keping dengan pilihan warna kerak.

Mesin roti 650watt
Oven elektrik 1500watt
Motor penguli 100watt
Kapasiti Oven 17.6L
Kapasiti buku roti 0.9kg

Waranti satu (1) tahun terhadap kerosakan pengilangan. Sila maklum bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.

Arahan Penjagaan:
Tanggalkan palam unit dan biarkan ia sejuk sebelum dibersihkan. Buang sebarang tepung, serbuk roti atau benda-benda lain daripada dalam ketuhar dengan menggunakan span atau kain lembab. Jangan masukkan kuantiti ramuan ke dalam dulang roti lebih daripada yang disarankan. Roti itu mungkin tidak diadun atau dibakar dengan sempurna dan pembuat roti pula mungkin rosak. Lap bahagian luar mesin dengan kain lembap. Jangan gunakan pembersih kasar atau meleles ke atas mana-mana bahagian mesin. Letakkan diatas permukaan yang kering lagi stabil, jauh dari penunu dan jauh daripada kawasan di mana minyak memasak atau air boleh terpercik ke atasnya.

DVD Resipi Noxxa ada dijual sekali

OK yang dekat atas tu semua fact and figure die la..nnt kang aku dok celoteh ada yang xpercaya..haha..tapi yang paling menarik tentang alat ni sebenar die punya kebolehan untuk buat roti buku dan doh dalam masa yang cepat..xpercaya..meh set demo saya akan tunjukkan..kalau xjadi..saya bagi satu breadmaker free..gituuu..ko hadooo..

Yang ni la alat die nk buat roti sebuku..mesin uli namanya..nak uli doh donut, doh karipap, kek dan lain2 lagi semua dalam alat ni la...mudah kan..
Taraaaa...letak semua bahan2 dalam mesin uli tadi tido la apa lagi..krooohhhh...2jam lepas tu jadi la die camni..aritu ada buat waktu malam..pepagi nk makan roti ni..kelas kau jah..xperlu nk beli roti dkt luar lagi da..

Selain dari tu..pelbagai jenis roti kita boleh buat..terpulang la pada diri kita..saya sangat rekemen guna produk ni..sbb sebelum ni ada jugak masuk kelas buat roti dkt area rumah ni..buat doh je da dekat 2 - 3 jam..bilanya nk bakar cik kak oi..letih menunggu..dalam ni nnt saya akan ajar buat doh 30 minit saje...yang paling syioknya..bahan2 nk buat sikit je..xperlu la cik kak nk humban semua bahan2  yer..hanya pakai 6-7 bahan je siap doh..mudah bukan..
dah tu harganya berapa kiah oiii..ala sabaau la..nk bagitau ni..takut karang sakit jantung plak cik abang dengar harganya..heeee...harganya murah sahaja..RM1170..murah bukan.. Kalau x mampu jugak saya buat kutu 10 bulan.  Rm110 x 10 bulan.  Jimat RM70 uols..  Xnak lagi...  X dapat la nak nolong..
sooo kalau ada sesiapa nk xpercaya..boleh la hubungi saya..nnt saya akan buat bengkel roti..yurannya murah jee..RM30 je saya amik..roti cik puan amik la makan..xde hal punya..heee
Sekian, terima kasih....

No comments:

Post a Comment