Tuesday 21 November 2017

KEK BUAH PC NOXXA

resepi kek buah menggunakan noxxa pressure cooker
Bahan bahan:

225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer) 340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:

1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala

Cara cara:

Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

*untuk cara mengukus..
* iols masak menggunakan PC ~ panaskan air dlm presure cooker~ set time 5 minit. Untuk panaskan air, letakkan tungku besi untuk alas loyang kek (air setara dengan tungku). Bila dah berhenti, masukkn loyang berisi kek yg ditutup dengan aluminium foil...juga diikat tepinya supaya foil tdk terangkat.
~ Set time 90 minit pertama pada button presure dan bila tamat, set semula pada masa 30 minit.
~ bila time tamat, keluarkn wap, dan biarkan dulu hingga agak sejuk untuk loyang dikeluarkan.
~ apa yg bestnya.., set time aje...dan boleh buat kerja lain...air pun tak payah ler nak ditambah tambah....mudahkan...:)

Hasilnya tetap sedap !!!



Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.

Psttttt ~~ entri ni tertunggak hampir seminggu...baru hari ni dapat siapkan...kesian kan...huhuhu

SUP TULANG NOXXA

Sup tulang noxxa
Bahan-bahan :-...
  • 1kg tulang lembu
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana, dipotong empat
  • 9 biji bawang putih, diketuk (mood mengetuk macam tak rajin menghiris kalini hehehe)
  • 5 cm halia, diketuk
  • 1 rempah sup bunjut tulang
  • 1 paket rempah sup Adabi (tak perlu pun takper, tapi I memang suka rasa berempah sikit)
  • Kentang, lobak merah, batang seleri, bawang besar dihiris, cili api diketuk (jika suka...sedap tambah ni ada ummmppphhh!!!)
  • 8 cawan air
  • Garam dan lada hitam sebagai perisa
  • Sedikit minyak untuk menumis
 
Cara-caranya :-
1) Mula-mula setkan pada SF dan tekan butang ON. Masukkan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah ratus kecuali bunjut sehingga naik bau wanginya. Selepas itu, kalau suka lagi berempah boleh masukkan satu paket rempah sup Adabi. Betul tau uollsss masak guna Noxxa ni memang semerbak wangi betul bau tumisannya!
2) Kemudian masukkan tulang dan sedikit lada hitam kasar. Tumis bersama-sama untuk seketika dalam lebih kurang dua minit. Jangan lupa gunakan senduk kayu sahaja. Kacau perlahan supaya innerpot tak calar.
3) Masukkan 4 cawan air, bunjut sup dan sedikit garam. Offkan pc.
4) Tutup tudung periuk. Pastikan tombol menghala pada arah Pressure. Setkan pada HP mode selama 40 minit. Tekan butang ON
 
ok siap. pada siapa yang berminat dengan periuk ni. boleh wassap 0179278046 tunai atau kutu.


Monday 20 November 2017

dodol raya 20 minit

Anda dan keluarga suka makan DODOL?

Tetapi tiada masa untuk membuat dodol? Yea lah, buat dodol ambil masa berjam - jam kan. Tapi sekarang dengan 20 minit, anda boleh membuat dodol!!

Tak percaya ke?

Dengan Periuk Tekanan Ajaib Serbaguna Multifungsi Elektrik Noxxa, ianya tidak mustahil.


Bahan - Bahannya:

2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung ubi
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 biji kelapa (4 cawan air santan)




Noxxa Pressure cooker
Senang saje masak dodol dengan periuk ajaib ni!

Periuk Tekanan Noxxa
Periuk Tekanan Ajaib Serbaguna Multifungsi Elektrik Noxxa

Kalau minat sila wassap ke no 0179278046

AYAM PANGGANG ala NANDO Dengan Periuk Tekanan Noxxa

AYAM PANGGANG ala NANDO Dengan Periuk Tekanan Noxxa

Ramuan

1 ekor ayam 
1 biji lemon 
2 sudu mentega
kertas Aluminium


Bahan - Bahan yang perlu dikisar :

2 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
1 biji bawang besar
1 inci halia
sedikit herba campuran
sedikit lada hitam
serbuk oregano
2 kiub ayam
2 sudu madu
sedikit serbuk kunyit
sedikit sos tiram
lada putih
3 sudu gula perang
sedikit garam. 


Cara masak:

1) Perap ayam dengan bahan kisaran dan perahkan lemon. Peram selama 3 jam untuk hasil yang memuaskan. 

2) Masukkan mentega ke dalam periuk

3) Tekan ‘stir-fry’selama 3 minit
, lepas itu tekan 'Start' 

4) Masukkan ayam (ayam yang telah dibalut dengan kertas aluminium)

5) Tekan ‘High Pressure’ se
lama 30 minit, lepas itu tekan 'Start'


6) Keluarkan ayam dan sapukan minyak atau lebihan perapan tadi (supaya ayam tidak terlalu kering)

7) On 'High Pressure 'selama 1 jam.




Noxxa Pressure cooker
Periuk Tekanan Noxxa


Noxxa Pressure cooker
Ayam Panggang ala Nando
 
kalau berminat untuk main kutu or beli cash periuk ini. boleh wassap 017-9278046

AYAM PANGGANG KENNY ROGERS



KENNY ROGERS ROASTED
Image result for AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS PERIUK NOXXA





Resepi untuk 1/2 ekor ayam

3 biji bawang besar holand
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu sos tiram
1 sudu lada hitam ditumbuk
2 sudu madu
1 kiub pati ayam knorr
2 sudu gula perang
2 sudu oregano
1 1/2 sudu teh garam halus
mentega

cara-cara
blend semua bahan-bahan diatas kecuali mentega kemudian perap bahan-bahan tadi bersama ayam.
prefer perap ayam 3 jam. lagi lama lagi sodap tow.. nak sedap lagi perap 1 malam. kalau perap 3 malam akan jadi macam ni la.. 3 malam tanpa bintang, diriku dihimpit penyesalan, arah tuju kian fana kerana lambat boleh makan heheh.. nyanyi la plak iols.. ops lupa plak.. sebelum perap tu sapu mentega dulu pada ayam yewww..

bend ayang paling penting adalah periuk ajaib ni.. kalau xde periuk ajaib ni cepat wasap iols 0179278046 kita deal harga sampai jadi hehe..


cara nak guna periuk ajaib ni so easy. semudah alif ba ta gitu.
mula-mula buka periuk noxxa them masuk ayam senang je kan hehhe..

ok2 melawak plak. masukkan ayam diperap tadi ke dalam periuk noxxa. tekan hi pressure 7 minit them tekan butan on.

selepas 7 minit tekan button off, angkat tombol untuk keluarkan semua wap. baru boleh buka penutup periuk.

tekan button tir fry kemudian tekan butan on. balik-balikkan ayam  sampai warna dia nampak cantik seperti dalam gambar. pastu tekan butan off. ya allah dah siap ayam kenny rogers ni. senang bebenor dengan periuk ajaib ni. mmg rugi sape x beli. dengar kata harga nak naik lagi. kalau gst naik la. so beli la hari ini. mmg xkan menyesal punya..

 

RESEPI GULAI NASI DAGANG

 

Image result for GULAI NASI DAGANG 


Gulai ikan NASI DAGANG

 Se ekor Ikan tongkol rebus dengan asam keping+garam+gula melaka..(ni arwah mentua yang ajar... sedap juga... ada juga yang letak cuka supaya ikan lebih pejal,.)

bahan A
6 ulas bawang merah
5 biji lada kering
2 inci lengkuas
1 inci kunyit
2 sudu serbuk ketumbar (kalau tak masuk pun tak pe, tapi kalau masuk lagi sedap masakan.)

1/2 kg Santan

Kisar bahan A. Stir Fry. Campur bahan A, santan dengan air rebusan ikan dan asam keping. kacau hingga menggelegak. Nak bau yang wangi masukkan 2 biji lada besar merah @ hijau, Masukkan ikan yang telah direbus. Sedia untuk dimakan.

Kalau nak masak udang, boleh guna kuah dari gulai ikan sebelum dicampur dengan ikan. Udang direbus sekejap dengan sedikit garam dan gula melaka.

Ini lah hasilnya seperti dalam gambar. Alhamdulillah periuk Noxxa banyak mempercepatkan urusanku menyediakan makanan dengan cepat dan halal kepada anak-anak. 

Kepada rakan-rakan yang sibuk bekerja atau masih belajar seperti saya, amatlah saya syorkan belilah satu periuk ini. Sekurang-kurangnya kita dapat menyediakan makanan yang sihat untuk keluarga. Menyediakan makanan untuk keluarga adalah tanggungjawab kita dan dituntut agama. 


Selamat mencuba....

NASI DAGANG 7 MINIT

RESEPI NASI DAGANG NOXXA 

 Image result for resepi nasi dagang 7 minit noxxa

Nasi Dagang Terengganu Noxxa
Bahan nya
4 cawan beras wangi
1 cawan beras pulut

Bahan A
3 ulas bawang merah hiris
1 inci halia hiris
1 sudu besar halba
4 cawan air
1 cawan santan pekat

Bahan B
3 ulas bawang merah hiris
sedikit hirisan halia
sedikit halba
1 cawan santan pekat
garam dan sedikit gula
Bancuh semua bahan B

CARA NYA
1.  Cuci dan rendam beras agak-agak 7 minit je
2.  Masukkan dalam inner noxxa dan masukkan bahan A
3.  HP 3 minit kemudian OFF keluarkan nasi dalam bekas lain masukkan bahan B
4.  Masuk semula nasi dalam inner noxxa, ON dan setkan steam selama 3 minit lagi.
5.  Nasi dagang kita sudah siap, Buka tutup noxxa dan kalau nasi tu kalau kurang masak biarkan saja pada keadaan WARM .

Alhamdulillah mudah dan cepat dengan NOXXA ni tak payah tunggu berjam-jam untuk makan nasi dagang kan.